Saturday, November 21, 2015

Majlis serah terima tugas Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA

Lumut, 25 Ogos 15 – Majlis serah terima tugas Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA dan Pegawai Kanan Skuadron MPCSS Ke – 31 telah dilaksanakan dengan jayanya di Geladak Penerbangan KD MAHAWANGSA. Majlis tersebut disaksikan oleh YBhg Laksamana Madya Dato’ Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli, Panglima Armada.






Majlis tersebut menyaksikan penyerahan tugas secara rasmi mantan Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA iaitu Kdr Jaffry bin Ibrahim TLDM kepada Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA yang baru iaitu Kept Sazalee bin Shoib TLDM. Di samping itu, turut dilaksanakan majlis serah terima tugas Pegawai Kanan Skuadron MPCSS Ke – 31 daripada KD INDERASAKTI kepada KD MAHAWANGSA.



Majlis dimulakan dengan upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas dan pemakaian Insignia Pegawai Memerintah yang disempurnakan oleh YBhg Panglima Armada. Majlis diteruskan dengan  ucapan YBhg Panglima Armada, bacaan doa dan diakhiri dengan jamuan ringan. Dengan berakhirnya majlis ini, maka secara rasminya KD MAHAWANGSA dan Skuadron MPCSS Ke – 31 berada di bawah tampuk pemerintahan yang baru.













Ucapan dari Pegawai Memerintah


Pada 8 Ogos yang lepas, KD MAHAWANGSA telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Keluarga dan Majlis Hari Raya Aidilfitri di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung. Objektif utama majlis seumpama ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga kapal di samping beramah mesra bersama keluarga. Seramai 14 orang pegawai dan 103 anggota bersama keluarga masing-masing telah terlibat dalam menjayakan majlis tersebut. Tema pakaian ialah baju kebangsaan lengkap atau jubah.





Acara Pemotongan Kek Hari Lahir
 Warga kapal
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pegawai Memerintah, Kdr Jaffry bin Ibrahim TLDM dan diteruskan dengan upacara memotong kek hari lahir bagi warga kapal. Seterusnya majlis diteruskan dengan acara sukaneka seperti masuk benang  dalam jarum, menganyam ketupat, bola beracun, kerusi muzik dan minum air coke menggunakan straw. Pemenang acara sukaneka telah menerima hadiah yang disampaikan sendiri oleh Pegawai Memerintah.



Warga KD MAHAWANGSA
 bersama-sama keluarga menjamu
hidangan yang disediakan


Sepanjang majlis berlangsung, makanan dan minuman disediakan secara buffet.  Selain itu, warga kapal juga dialu-alukan untuk membawa kuih raya dari rumah masing-masing.  Bermacam-macam hidangan telah disediakan termasuk ketupat, rendang, kuah kacang, bihun goreng dan pelbagai jenis kuih raya.







Penyerahan duit raya kepada anak-anak
warga KD MAHAWANGSA
Selain itu, warga kapal juga turut menerima hadiah cabutan bertuah yang disediakan oleh pihak pengajur. Majlis disempurnakan lagi dengan penyerahan duit raya kepada anak-anak warga kapal KD MAHAWANGSA oleh Pegawai Memerintah dan Pegawai Laksana sebelum majlis bersurai.








Pertandingan sukaneka anggota bujang kapal




Meriah ! Pertandingan menganyam ketupat