Saturday, November 21, 2015

Majlis serah terima tugas Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA

Lumut, 25 Ogos 15 – Majlis serah terima tugas Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA dan Pegawai Kanan Skuadron MPCSS Ke – 31 telah dilaksanakan dengan jayanya di Geladak Penerbangan KD MAHAWANGSA. Majlis tersebut disaksikan oleh YBhg Laksamana Madya Dato’ Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli, Panglima Armada.






Majlis tersebut menyaksikan penyerahan tugas secara rasmi mantan Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA iaitu Kdr Jaffry bin Ibrahim TLDM kepada Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA yang baru iaitu Kept Sazalee bin Shoib TLDM. Di samping itu, turut dilaksanakan majlis serah terima tugas Pegawai Kanan Skuadron MPCSS Ke – 31 daripada KD INDERASAKTI kepada KD MAHAWANGSA.



Majlis dimulakan dengan upacara menandatangani Sijil Serah Terima Tugas dan pemakaian Insignia Pegawai Memerintah yang disempurnakan oleh YBhg Panglima Armada. Majlis diteruskan dengan  ucapan YBhg Panglima Armada, bacaan doa dan diakhiri dengan jamuan ringan. Dengan berakhirnya majlis ini, maka secara rasminya KD MAHAWANGSA dan Skuadron MPCSS Ke – 31 berada di bawah tampuk pemerintahan yang baru.













No comments:

Post a Comment